Apa? Cathie Wood Kaut 1.1 Juta Saham Aplikasi Kripto Ini Dalam Sehari Je!

531

“Bukan biasa-biasa, banyak gila dibelinya macam tak ada hari esok.”

Ark Invest, firma pelaburan diasaskan oleh Cathie Wood yang sedang mengumpul secara aktif saham aplikasi mesra mata wang kripto Robinhood telah memperoleh sahamnya 1.1 juta bernilai $9.5 juta dalam masa satu hari.

Pembelian tersebut melibatkan tiga dana dagangan bursa (ETF) yang diuruskan oleh Ark, antaranya adalah Ark Innovation ETF (ARKK), Ark Next Generation Internet ETF (ARKW) dan Ark Fintech Innovation ETF (ARKF).

Dilaporkan lagi, ARKK telah membeli 888,500 saham Robinhood ataupun 78% daripada keseluruhan pembelian harian manakala ARKW dan ARKF pula masing-masing mengaut 152,849 serta 99, 697 saham.

Namun perlu diketahui pembelian terbaharu itu jauh lebih kecil berbanding sebelum ini pada 23 Oktober 2023 di mana Ark membeli 197,285 saham Robinhood untuk dana ARKW selepas membeli 259,628 pada 22 Oktober.

Suka dimaklumkan pembelian baru-baru ini telah berlaku apabila Robinhood pada dua hari lepas mendedahkan rancangan untuk berkembang ke Eropah dalam beberapa minggu lagi termasuk meneroka penubuhan operasi pembrokeran di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, pengumuman tersebut telah datang semasa saham Robinhood mengalami junaman lebih 14% selepas pembrokeran dalam talian melaporkan keputusan lebih teruk daripada dijangkakan apabila aktiviti perdagangan dan pengguna menurun.

Pada sisi berbeza, Ark telah mengumumkan pelancaran ETF baharu yang tertumpu pada kontrak hadapan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) dengan kerjasama rakan kongsi ETF kripto utamanya iaitu 21Shares.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat