Apa Cerita Dagangan Bursa Malaysia Menjelang Cuti Hujung Minggu?

157

Perdagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini setelah mengalami penyusutan pada semalam yang dipacu oleh minat belian yang diteruskan pada saham wajaran tinggi terpilih.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.29 mata kepada 1,585.48 berbanding 1,582.19 ketika ditutup pada Khamis.

Bernama melaporkan indeks utama itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi kepada 1,585.17.

Namun setakat 10.01 pagi, indeks FBM KLCI telah merosot 1.13 mata kepada 1,581.06.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 daripada 154, manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,483 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 408.95 juta unit bernilai RM169.91 juta.

Malacca Securities berkata penurunan FBM KLCI semalam berkemungkinan didorong oleh aktiviti profit taking setelah indeks itu terus mencatat kenaikan pada minggu lalu.

Ia juga optimis bahawa sektor pemulihan akan terus peroleh tumpuan dek kerana kadar jangkitan (R-naught) menyusut di bawah 1.0 serta Melaka dan Negeri Sembilan telah beralih ke Fasa 2 dan 3.

Kaunter minyak dan gas dijangka bakal menjadi perhatian susulan kenaikan harga minyak mentah kepada $72 setong dan harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat di atas paras RM4,200.

Di samping itu, sektor pelancongan dilihat bakal terima tumpuan juga susulan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk membuka semula sektor pelancongan pada beberapa destinasi.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 3.0 sen kepada RM8.30, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.08 dan IHH Healthcare melonjak 2.0 sen kepada RM6.38.

Petronas Chemicals dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM8.29 dan RM10.38.

Bagi saham aktif, Puncak Niaga menokok 5.0 sen kepada 47 sen, Avillion naik setengah sen kepada 13 sen, manakala KNM Group dan Sapura Energy masing-masing naik 1.0 sen kepada 28.5 sen dan 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 menokok 22 mata pada 11,259.98, FBM 70 naik 23.92 mata kepada 15,030.0 dan FBM ACE jatuh 6.79 mata kepada 7,210.80.

Indeks FBM Emas meningkat 23.98 mata kepada 11,557.40 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 31.50 mata kepada 12,688.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 18.29 mata kepada 15.418.16, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.36 mata kepada 198.89 dan Indeks Perladangan menokok 18.96 mata kepada 6.707.51.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat