Apa Dah Jadi Pada US Dolar Menjelang Pertemuan The Fed?

1,064

US dolar mengukuh ke paras tiga minggu pada hari Jumaat yang didorong oleh data positif penjualan runcit Amerika Syarikat yang lebih baik dari yang dijangkakan pada hari Khamis. Ini membawa indikasi bahawa kebrangkalian pengurangan pembelian aset oleh the Fed sebelum akhir tahun.

Indeks US dolar yang mengukur matawaang utama berbanding enam mata wang utama meningkat kepada 93.094, bacaan tertinggi sejak akhir Ogos dengan naik 0.2% pada 93.062.

The Fed bakal mengadakan mesyuarat polisi selama dua hari pada minggu hadapan, dimana ia akan memberi lebih banyak indikasi mengenai pembelian bon bulanan.

Menurut penganalisis pasaran akan memberi tumpuan pada mesyuarat FOMC minggu hadapan untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai tapering dan kadar faedah. Tapering biasanya akan mendorong US dolar untuk mengukuh kerana membawa indikasi bahawa the Fed cenderung untuk menerapkan dasar monetari yang lebih ketat.

Spekulasi mengenai tapering pada tahun ini meningkat setelah penjualan runcit A.S. secara tidak dijangka meningkat pada bulan Ogos, data menunjukkan pada hari Khamis, meningkat 0.7% dari bulan sebelumnya walaupun terdapat jangkaan penurunan 0.8%.

Sentimen pengguna University of Michigan bagi bulan September meningkat lebih tinggi kepada bacaan 71 berbanding bacaan akhir 70.3 pada bulan Ogos.

Pound Britain jatuh 0.2% kepada $ 1.3758 berikutan jangkaan penjualan runcit UK. Dalam masa yang sama, mata wang euro merosot 0.2% kepada $ 1.1743, setelah mencapai paras terendah tiga minggu pada $ 1.1741 pada awal sesi New York.

Pasaran mata wang secara keseluruhan tidak banyak perubahan pada hari Jumaat kerana para pelabur tidak cenderung untuk bertaruh menjelang pertemuan penting bank pusat minggu hadapan iaitu the Fed, Bank of Japan dan Bank of England.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat