US dolar terus menunjukkan pada hari Jumaat ketika para pelabur semakin jelas dengan arah tuju inflasi susulan data baru sebahagian besarnya mengesahkan jangkaan mengenai inflasi dan kekuatan pemulihan ekonomi A.S.
Indeks US dolar mata wang utama meningkat 0.3% kepada 90.236 dan kenaikan hampir 1% daripada paras terendah empat setengah bulan yang dikecapi pada hari Selasa.
Indeks US dolar telah jatuh sebanyak 3% sejak Mac ketika ekonomi utama mula mempercepatkan pengedaran vaksin mengikuti kadar vaksinasi di Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, bank pusat di beberapa negara lain nampaknya bergerak lebih cepat daripada Rizab Persekutuan A.S. untuk melakukan perubahan polisi monetari mudah.
Euro turun 0.3% pada $1.216, berbanding kadar tertinggi 4 bulan yang dikecapi pada awal minggu iaitu pada $1.2266 . Pound Britain jatuh 0.3% kepada paras harga $ 1.416.
Penganalisis berpendapat bahawa data ekonomi A.S pada minggu ini tidak banyak menggerakan pasaran bon dan saham secara dramatik setelah data PCE dikeluarkan. Indeks harga pengguna meningkat pada bulan April jauh melebihi sasaran kadar tahunan 2% Federal Reserve.
Data ekonomi lain menunjukkan bahawa Sentimen pengguna A.S. melemah pada bulan Mei dari bulan sebelumnya kerana kebimbangan inflasi meningkat.Indeks sentimen akhir University of Michigan turun ke 82.9 pada bulan Mei dari 88.3 pada bulan April berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari ini.
Disisi lain US dolar turut menunjukkan pengukuhan berbanding yen, dengan mengukuh sebanyak 0.14% pada paras harga 109.96. Antara yang mendorong kelemahan yen adalah disebabkan pengangguran di Jepun, kejatuhan harga pengguna dan langkah pemerintah untuk melanjutkan sekatan kecemasan di Tokyo.