Apa Dah Jadi – US Dolar Terus Dalam Tekanan?

723

US dolar catat penyusutan pada hari Selasa selepas data inflasi bagi bulan Ogos yang dikeluarkan menunjukkan kenaikan inflasi A.S adalah kurang daripada jangkaan. Ini menyebabkan pasaran masih lagi meneka mengenai bilakah the Fed akan melakukan tapering.

Beberapa pegawai the Fed mencadangkan bahawa bank pusat A.S berkemungkinan akan mengurangkan pembelian sekuriti hutang pada akhir tahun ini.

Indeks Harga Pengguna (IHP/CPI) catat peningkatan yang signifikan. Pada bulan Ogos data CPI naik 0.3% dari bulan ke bulan atau 5.3% bagi kiraan tahunan. Bacaan ini sedikit rendah berbanding bulan lalu yang catat kenaikan 0.4% dan 5.4% setahun pada bulan Ogos.

CPI teras yang tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu naik hanya 0.1% bulan lalu. Ia merupakan keuntungan terkecil sejak sejak Februari dan mengikuti kenaikan 0.3% pada bulan Julai.

Thomas Hayes, anggota pengurusan di Great Hill Capital LLC di New York berpendapat bahawa bacaan CPI yang sedikit berkurangan dan dibawah jangkaan, juateru ia dapat memberi ruang kepada the Fed untuk mengumumkan tapering lebih pantas.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback sedikit susut dari paras ketinggian dua minggu dicapainya sebelum ini dengan didagangkan sekitar harga 92.498, penyusutan sebanyak 0.16%.

Matawang NZD disisi lain mencatat penyusutan berbanding US dolar sebanyak 0.15% menjelang laporan KDNK pada awal pagi Khamis. Para pakar menjangkakan bahawa KDNK New Zealand akan catat 2 angka secara keseluruhan. Euro terus mengukuh berbanding US dolar pada paras dagangan $1.1827.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat