Apa Jadi Pada Carta GBP/USD Selepas Mesyuarat BOE Semalam? Teliti Analisis Ini

220

Menjadi tumpuan pelabur semalam adalah mesyuarat bank pusat England yang telah memberi kesan pergerakan bercampur buat mata wang Pound.

Bank of England (BOE) menetapkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.25%, menunjukkan peningkatan kadar yang lebih perlahan.

Menjadi cabaran buat bank pusat apabila data inflasi UK yang diterbitkan pada Rabu lalu mencatatkan bacaan angka yang tinggi di paras 10.4%.

Ini dilihat menyukarkan bank pusat yang sebelum ini menyatakan untuk menghentikan pengetatan dasar.

BOE mengatakan mereka telah menaikkan kadar faedah dengan banyak dan percaya bahawa inflasi akan turun lebih ketara pada suku kedua tahun ini.

Pound didagangkan suram sepanjang Khamis semalam dan tidak memberi reaksi yang agresif pada keputusan mesyuarat tersebut.

Pada carta harga pasangan GBP/USD, harga yang sedikit meningkat semalam berlegar di paras ketinggian 1.23400 yang menjadi paras tertinggi terbaru 7 minggu didorong oleh kesan reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC.

Namun, harga gagal kekal berada di atas paras 1.23000 dengan beberapa kali turun ke sekitar 1.22700.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga masih perlahan di sekitar itu dan berlegar di paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta GBP/USD untuk memberi petunjuk selanjutnya.

Sekiranya harga susut lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras 1.22000 untuk menguji kembali zon RBS (resistance become support) itu.

Menyambung lagi penurunan selepas perubahan trend, harga akan kembali ke paras-paras tumpuan minggu sebelum ini seperti pada 1.21000 dan 1.20000.

Namun, jika harga berjaya melonjak menyambung trend bullish sebelum ini semula, kenaikan harga bakal mengatasi ketinggian dicapai semalam.

Seterusnya harga akan menuju ke sasaran ketinggian terbaru pada sekitar 1.24000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat