Apa Jadi Pada Pasaran Menjelang Ucapan Biden?

709

Pergerakan pasaran nampaknya tidak menentu menjelang ucapan Presiden Joe Biden yang akan melancarkan pelan rangsangan coronavirus pada petang Khamis (waktu Amerika).

US dolar yang pada mulanya menunjukkan lonjakan susulan laporan yang mengatakan Biden akan mengumumkan pakej bantuan bernilai $2 trilion hari ini, sedikit susut namun kekal didagangkan stabil ketika pasaran memasuki sesi Eropah.

Jangkaan pelabur bahawa langkah rangsangan yang besar oleh Biden akan membawa kepada pemulihan ekonomi yang lebih cepat telah mendorong hasil perbendaharaan 10 tahun AS untuk kembali meningkat mencecah paras tertinggi sejak Mac 2020, pada 1.11%.

Namun, pada masa yang sama, matawang utama turut mempamerkan peningkatan walaupun US dolar menguat.

Matawang pound terus diniagakan menguat di sekitar paras ketinggian terbaru yang dicapainya pada Rabu walaupun pergerakannya dilihat agak terbatas berikutan pengukuhan dolar greenback.

Sementara dagangan euro sedikit meningkat pada awal sesi Eropah dengan didagangkan di sekitar paras harga 1.21500 berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi pula diniagakan stabil, di mana masing-masing mencatatkan peningkatan 0.2% berbanding US dolar.

Dalam pada itu, ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada hari ini juga menjadi tumpuan pasaran yang berkemungkinan akan bercakap mengenai kestabilan skim pembelian bon Fed.

Para penggubal Fed lain sebelum ini telah menyuarakan kemungkinan untuk mengurangkan skim tersebut, yang mana ia telah memberi sokongan buat US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat