Apa Jadi Pada Pasaran Minyak Lepas Terjun Mendadak?

283

Harga minyak sedikit meningkat selepas jatuh ke paras terendah tiga bulan pada hari Selasa, dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada mesyuarat OPEC untuk memutuskan pengeluaran minyak mentah bulanannya.

Menjelang akhir sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent menokok sekitar 2.6% pada $71.06 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula naik 2.4% kepada $67.80 setong.

Terdahulu, dagangan Brent jatuh 5.4% dan WTI susut 3.9% selepas dikejutkan dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephaben Bancel bahawa vaksin Covid-19 sedia ada berkemungkinan tidak akan memberikan tahap perlindungan sama terhadap Omicron seperti yang dilakukan terhadap varian lain sebelum ini.

Ini telah menimbulkan kebimbangan pelabur bahawa kemunculan varian Omicron akan memaksa sekatan perjalanan diperketatkan sekali lagi dan menjejaskan permintaan bahan bakar global.

Penurunan ini berterusan sehingga ke sesi New York, sebelum kembali beransur-ansur mendaki dengan harapan OPEC akan mengekalkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari berikutan ancaman varian Omicron.

Dalam pada itu, data industri yang dikeluarkan Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat menurun sebanyak 747,000 tong pada minggu lalu, kurang daripada jangkaan untuk penurunan 1.7 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat