Apa Kata Christine Lagarde & ECB Mengenai Dasar Semasa?

228

Bank Pusat Eropah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka menjangkakan bahawa akan ada peningkatan pembelian bon dengan ‘ketara’ pada suku tahun depan setelah kos pinjaman meningkat di Zon Eropah.

Pada hari ini ECB mengekalkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik atau PEPP dengan jumlah 1.85 trilion euro ($ 2.21 trilion) yang akan berakhir hingga Mac 2022.

Institusi tersebut mengatakan pembelian bon bank pusat pada suku pertama lebih rendah daripada biasa dan atas dasar itu pembelian bon berkemungkinan akan ditingkat pada suku kedua.Menurut ECB dalam salah satu kenyataan bahwa pentadbiran program pembelian bon di bawah PEPP pada suku berikut akan dilakukan pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada bulan-bulan sebelum ini.

Komitmen bank pusat untuk meningkatkan lebih banyak pembelian akan menyokong harga bon dan seterusnya membantu mengekalkan kos pinjaman lebih rendah. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuatkan pasaran sedikit lega.

Disisi berbeza, presiden ECB, Christine Lagarde turut memberi komen mengenai inflasi. Bersadasarkan data lepas, inflasi dijangka masih berada di bawah kadar sasaran. Walaupun begitu, kadar inflasi telah menunjukkan peningkatan sebelum ini namun tekanan harga masih lemah kerana kekurangan permintaan.

Akhir sekali beliau menyatakan bahawa situasi ekonomi Eropah dijangka akan semakin pulih pada tahun 2021 walaupun terdapat tidak kepastian pada suku pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat