Apa Kes Dengan Mata Wang Pound Pagi Ini?

410

US dolar sedikit susut pada awal sesi Asia selepas mengakhiri dagangan dengan lebih kukuh pada Jumaat, sementara mata wang pound didagangkan dalam keadaan goyah berikutan ketidaktentuan politik UK.

Data jualan runcit diterbitkan bercampur-campur pada September, mencadangkan permintaan yang perlahan oleh pengguna di tengah-tengah tekanan harga melambung tinggi.

Bagaimanapun, apabila indeks keyakinan pengguna dikeluarkan dengan catatan memberangsangkan, kesuraman US dolar berlalu pergi.

Ini turut menyusuli peningkatan dalam hasil bon AS 10 tahun yang melonjak ke paras tertinggi 14 tahun pada 4.08%, sekali gus mendorong saham bergerak lebih rendah.

Sementara itu, dagangan tidak menentu menyelubungi mata wang pound ketika tercetusnya spekulasi mengenai gerakan untuk menyingkirkan Liz Truss daripada jawatan perdana menteri UK.

Hal ini berlaku selepas Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng dipecat oleh Truss yang dijangka akan membatalkan sebahagian daripada pakej ekonomi mereka dalam usaha untuk mempertahankan pasaran.

Dalam pada itu, Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey memberi isyarat bahawa kenaikan lebih besar dalam kadar faedah akan datang mungkin dilaksanakan.

Menjadi tumpuan pelabur kini adalah data inflasi UK pada Rabu yang dijangka akan menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat