Apa Lagi Isu Trump Ni?

629

Presiden Donald Trump hari ini telah mengecam industri farmasi, Big Pharma kerana mengemukakan iklan palsu berkenaan rancangan harga ubatnya yang akan meningkatkan kos ubat-ubatan untuk warga emas Amerika Syarikat.

Melalui posting di laman twitternya, Trump mendakwa bahawa Big Pharma mempromosikan iklan yang tidak betul bahkan mendedahkan syarikat tersebut tidak berpuas hati dengan rancangan penurunan harga sekurang-kurangnya 50% yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Walau bagaimanapun, presiden negara kuasa besar tersebut tidak mendedahkan mana-mana iklan yang berkaitan dengan isu berkenaan.

Pada Jumaat yang lalu, Trump telah menandatangani 4 perintah eksekutif yang bertujuan untuk menurunkan harga ubat-ubatan buat rakyat Amerika Syarikat. Ianya telah dibincangkan sejak beberapa tahun yang lalu akan tetapi belum ditandatangani kerana timbul isu tentang keberkesanannya.

Walau bagaimanapun, tindakan presiden itu telah mengakibatkan ketegangan antara Penyelidikan Farmasi dengan Pengilang Amerika bahkan ianya dianggap sebagai ‘gangguan’ yang dapat mempengaruhi usaha pencegahan penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, Trump mengatakan bahawa beliau akan bertemu dengan industri ubat-ubatan untuk membincangkan langkah sukarela yang dapat dibuatnya sebagai balasan kepada pentadbiran yang menentang perintah penetapan harga ubat-ubatan di Amerika Syarikat, tetapi pertemuan itu telah dibatalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat