Apa Masalah Emas Sampai Nak Naik Pun Tersangkut?

2,797

Emas sedikit meningkat pada awal sesi Eropah selepas sesi perdagangan yang suram ketika sesi Asia, menjadikannya kekal didagangkan di sekitar paras harga $1,850 per auns.

Logam berharga itu telah menyaksikan perkembangan memberangsangkan pada minggu lepas, dengan kenaikan harga lebih tinggi ketika Joe Biden dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat secara rasmi pada hari Rabu.

Namun, pelan rangsangan coronavirus $1.9 trilion oleh Presiden Joe Biden nampaknya berdepan dengan cabaran untuk diluluskan selepas Senator Republikan menyatakan nilai pakej bantuan yang dicadangkan adalah terlalu besar.

Selain itu, mereka juga turut meluahkan rasa tidak senang hati ke atas perbelanjaan-perbelanjaan tertentu, seperti peruntukan untuk menetapkan faedah pengangguran $400 sehingga bulan September.

Ini mungkin akan membawa kesukaran buat Biden dan parti Demokrat untuk meluluskan pelaksanaannya lebih cepat.

Sementara itu, mesyuarat polisi FOMC pada minggu ini akan menjadi tumpuan utama pasaran yang mana Federal Reserve (Fed) AS dijangka lebih dovish dengan pendekatan dasar semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat