Apa Yang Menghalang Emas Dari Teruskan Kenaikan?

1,374

Dagangan emas sedikit berubah di tengah ketidakpastian terhadap varian Covid-19 Omicron yang semakin meningkat dan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC.

Pada sesi Asia, harga emas didagangkan berlegar di sekitar harga $1,787 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,788 per auns.

Kajian terbaharu daripada saintis UK mendapati bahawa dua dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech tidak memberi antibodi peneutral yang mencukupi terhadap varian Omicron.

Ini menyebabkan pelabur bimbang sekiranya Omicron membawa impak lebih besar kepada ekonomi global sekiranya langkah sekatan dilaksanakan sekali lagi untuk membendung virus itu.

Susulan daripada kebimbangan ini, logam berharga emas mendapat dorongan untuk didagangkan lebih tinggi selain turut disokong oleh peningkatan inflasi AS.

Namun pada masa yang sama, jangkaan hawkish terhadap keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menamatkan program pembelian bon lebih cepat dari dijangkakan, menyebabkan pergerakan emas terbatas.

Rangsangan monetari yang dikurangkan dan kenaikan kadar faedah cenderung untuk mengurangkan daya tarikan terhadap emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat