Apa Yang Terjadi? Binance Menangguhkan Semua Pengeluaran Kripto!

10,390

Bursa kripto terkemuka di dunia, Binance mengambil keputusan tergempar dengan menggantung semua pengeluaran kripto pada ketika ini.

Dalam pengumuman rasmi itu diumumkan oleh Binance sendiri, walaubagaimanapun mereka memberi penekanan agar para pengguna tidak bimbang mengenai dana mereka dan mengesahkan bahawa dana mereka selamat. Binance mendakwa bahawa penggantungan pengeluaran kripto adalah untuk membersihkan beberapa tunggakan yang telah berlangsung untuk beberapa hari.

Pertukaran kripto itu baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah dagangan telah melepasi $1 bilion di platform apabila $BTC mencecah paras tertinggi baharu sepanjang masa hampir $67,000. Ini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tunggakan dalam sistem.

Penggantungan kripto dimaklumkan hanyalah sementara dan kini dilaporkan sebahagiannya telah dapat melakukan pengeluaran dari Binance. Di samping itu harus sedia maklum bahawa penggantungan susulan akan berlangsung kira-kira 30 minit.

Binance juga menambah pasangan dagangan $SHIB/$DOGE pada awal hari bagi membantu para pelabur memindahkan dana mereka dengan mudah dalam kripto meme. Keputusan itu dibuat selepas Shiba Inu menunjukkan lonjakan hampir 1,000% pada bulan Oktober.

Binance kini sedang cuba untuk bangkit dari tekanan oleh beberapa badan berautoriti. Bagi menangani hal ini, CEO Binaance, ChangPeng Zhao juga telah mendedahkan rancangan untuk membina ibu pejabat berpusat dan membina pejabat bebas di negara di mana ia sedang menawarkan perkhidmatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat