Apakah Kesatuan Eropah Bakal Berhadapan Dengan Situasi Seperti Krisis Kewangan?

410

Pada hari ini, Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde menyatakan bahawa Kesatuan Eropah mempunyai kemungkinan untuk mengalami situasi yang serupa seperti yang dihadapi dalam krisis kewangan global pada tahun 2008 jika kerajaan tidak menangani penularan koronavirus dengan segera dan efisien.

Pada hari Selasa, 27 ketua negara Eropah telah mengadakan persidangan panggilan telefon tergempar pada petang Selasa dalam membincangkan tindakan yang sepatutnya dilakukan bagi menangani wabak tersebut. Wabak COVID-19 yang dipercayai bermula di China telah merebak ke seluruh dunia dan ia telah beri kesan kepada semua ekonomi utama. Itali, Perancis, Sepanyol dan Jerman antara negara-negara yang mempunyai bilangan tertinggi kes yang disahkan di seluruh dunia.

Lagarde yang turut menyertai panggilan telefon dalam kalangan 27 pemimpin EU, telah memberitahu bahawa jika tiada tindakan yang selaras diambil oleh Eropah maka terdapat kemungkinan kita (Eropah) akan melihat senario yang pernah berlaku pada Krisis Kewangan 2008. Dalam laporan Financial Times, melaporkan bahawa Lagarde menyeru pemimpin EU untuk mengambil tindakan segera atau risiko krisis lain akan muncul.

ECB kini sedang berada di bahawa tekanan untuk mengurangkan kadar faedah. Para penggubal Bank pusat dijangka akan bertemu pada hari Rabu dan Khamis untuk membincangkan keputusan dasar monetari yang harus diambil. Lagarde telah mengatakan pada awal bulan ini bahawa bank pusat Eropah bersedia untuk mengambil langkah yang sesuai untuk mecegah kesan COVID-19 terhadap ekonomi.

Sebahagian penganalisis menjangkakan bank pusat akan mengurangkan kadar faedah sebanyak 10 mata asas. Disisi lain, Canselor Angela Merkel juga berkata pada hari ini bahawa beliau bersetuju dengan Lagarde bahawa EU tidak harus membiarkan ketidakpastian ini sehingga beri kesan pada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat