Apakah Maksud Miskin Tegar, B40, M40 & T20?

2,554

Menjelang Tahun 2024, Kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif PADU di mana ia dapat membantu pihak kerajaan untuk mengetahui pengkelasan dan kategori masyarakat berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah.

Selain itu, ia turut memudahkan dalam pengagihan subsidi bersasar kepada golongan B40 dan Miskin Tegar di negara ini.

Sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan golongan B40, M40, T20 dan Miskin Tegar? Anda di kategori yang mana satu?

Mungkin kita agak biasa dengan perkataan ini di sosial media dan berita, ia ditujukan untuk mengkategorikan setiap isi rumah berdasarkan pendapatan rakyat Malaysia pada setiap bulan.

Secara umumnya, ini adalah maksud secara jelas pengkelasan tersebut:

B40

– Dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah.
– Penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada golongan ini.
– Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850.

M40

– Dikenali sebagai Middle 40 adalah kumpulan isi rumah pertengahan.
– Penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada golongan ini.
– Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970.

T20

– Dikenali sebagai Top 20 adalah kumpulan isi rumah tertinggi.
– Penduduk Malaysia adalah 20% terdiri daripada golongan ini.
– Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas.

Golongan Miskin Tegar pula adalah pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM1,198 di mana sebelum ini menurun sebanyak 0.2% kepada 18,445 isi rumah berbanding 0.4% pada 2019 di Malaysia.

Berdasarkan Laporan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada Tahun 2022, dinyatakan bahawa kategori pendapatan bagi B40,M40 dan T20 dipecahkan lagi kepada beberapa kumpulan kecil.

B40 dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

– B1 : RM2,500 ke bawah
– B2 : RM2,501 – RM3,170
– B3 : RM3,171 – RM3,970
– B4 RM3,971 – RM4,850

M40 juga dipecahkan kepada empat kumpulan:

– M1 : RM4,851 – RM5,880
– M2 : RM5,881 – RM7100
– M3 : RM7,101 – RM8,700
– M4 : RM 8,701 – RM10,970

Bagi pendapatan T20 pula, terbahagi kepada dua iaitu:

– T1 : RM10,971 – RM15400
– T2 : RM15,041 ke atas

Golongan miskin tegar merujuk kepada individu yang berpendapatan bulan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kadar kemiskinan dalam PGK yang diguna pakai ketika ini iaitu RM2,208 bagi isi rumah dan bagi miskin tegar RM1,169 setiap isi rumah.

Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.

Dengan perkongsian ini, anda dapatlah tentukan kategori isi rumah mengikut pendapatan bulanan isi rumah dan memudahkan anda untuk mengemukakan permohonan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat