Apakah Terjadi Kepada Harga Emas Ketika Pasaran Tertumpu Kepada Polisi ECB

37

Harga emas telah mengalami sedikit perubahan pada Sesi Eropah kerana pelabur menjangkakan lebih banyak pelonggaran dasar monetari (monetary easing) oleh bank-bank pusat secara global.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange bagi penghantaran bulan Ogos meningkat sebanyak 0.12% ($1.65) dan diniagakan pada $ 1,330.85 untuk satu troy ounce pada 06:56GMT atau 2:56AM ET. Sehari sebelum itu, harga emas terikat pada $ 1.90 atau 0.14%.

Selain itu, tumpuan juga beralih kepada emas disebabkan jangkaan peningkatan dasar kewangan oleh kebanyakan bank pusat. Peningkatan ini dijangka dalam tempoh terdekat berikutan impak negatif dari Brexit.

Kebanyakan player dalam pasaran juga menantikan keputusan hasil mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB), untuk melihat sejauh mana dasar monetari akan dilonggarkan. Hal ini ekoran undian Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) sebulan yang lalu.

Ramai berpendapat bahawa bank pusat akan mengekalkan kadar faedah (interest rate). Manakala, Presiden ECB, Mario Draghi dijangka memuktamadkan nada dovish yang mungkin merupakan tanda-tanda rangsangan dalam mengimbangi kesan Brexit.

Traders juga memberi lebih tumpuan kepada keputusan Bank of Japan dalam memperluas rangsangan monetari pada mesyuarat dasar akhir bulan ini. Yen turut mendapat tekanan apabila dijangka mempunyai impak berganda terhadap dasar fiskal dan monetari pada minggu akan datang.

Kebanyakan pelabur juga menganggarkan pemotongan kadar oleh Bank of England pada bulan Ogos. Hal ini bakal menyaksikan perubahan Fed pada masa-masa akan datang.

Pun begitu, rangsangan kewangan juga dijangka cenderung memberi impak positif kepada emas, kerana logam ini dilihat sebagai medium simpanan nilai paling selamat dan kalis inflasi.

Logam berharga yang meningkat sebanyak 25% tahun ini, menggugat kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

Comex juga melaporkan Silver futures bagi penghantaran bulan September susut 9.2 sen atau 0.46%, dan diniagakan pada $ 19.98 untuk satu troy ounce . Manakala, Copper futures merosot 0.3 sen atau 0.13 %, untuk $ 2,234 paun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat