Apakah Ulasan Janet Yellen Tentang Isu Interest Rates Bulan Ini?

53

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberitahu kepada dunia, bersedialah untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Disember ini.

Dalam ucapannya rabu kelmarin, Pengerusi Fed Janet Yellen berkata ekonomi telah meningkat beberapa minggu yang lalu.Tetapi jika terdapat gangguan utama mengenai laporan pengangguran pada pagi jumaat ini, Fed mungkin akan menaikkan kadar faedah daripada paras terendah dalam sejarah mereka di sekitar 0% apabila ia memenuhi pada 15 dan 16 Disember.

“Mengikut laporan kedua-dua maklumat berkenaan ekonomi dan kewangan yang diterima sejak mesyuarat Oktober lalu, ia berada dalam keadaan konsisten dengan jangkaan kami penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh,” Yellen berkata dalam ucapan rapat di Kelab Ekonomi Washington D.C. Tetapi Yellen menegaskan bahawa Fed akan bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati pada 2016.

“Sudah tentu, walaupun selepas kenaikan awal dalam kadar dana persekutuan, dasar moneteri akan kekal stabil/sesuai mengikut keadaan(accommodative),” kata Yellen. Walaupun sebahagian besar ahli ekonomi dan penganalisa pasaran saham menjangka Fed akan menaikkan kadar daripada 0% hingga 0.25% pada bulan Disember, terdapat banyak ketidakpastian tentang apa akan berlaku pada masa akan datang. Pada masa lalu, Fed telah menaikkan kadar segera sebaik sahaja ia tidak perlu lagi. Kemungkinan tidak akan berlaku kali ini.

“Majoriti ahli FOMC(Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan) menjangka satu siri kenaikan kadar faedah akan berlaku, tetapi mereka menjangkakan akan berlaku secara beransur-ansur,” Yellen berkata ketika dalam sesi soal jawab semalam. Dalam ucapan akhir-akhir ini, ahli-ahli Fed rasional dalam menerima fakta bahawa kadar kenaikan yang terlalu cepat boleh merosakkan pasaran dan ekonomi Amerika Syarikat yang boleh mengakibatkan berlakunya kemelesetan.

moshedfed001.png

Dua faktor utama yang menyebabkan ekonomi Amerika semakin pulih adalah kerana ekonomi global yang lemah, terutamanya ekonomi China dan Dollar AS semakin kuat, yang telah membuatkan barangan eksport Amerika sangat mahal di luar negara. Sementara Yellen berkata, index dollar telah mencecah paras 12.5 setahun berbanding mata wang dunia yang lain. Fed membuat kiraan bahawa kelemahan eksport berkurang 0.5% daripada pertumbuhan AS pada tahun ini. Tetapi Yellen berfikir bahawa faktor-faktor ini bukanlah sesuatu isu yang besar pada masa akan datang.

Kelembapan ekonomi China “kemungkinan akan terus menjadi sederhana dan beransur-ansur pulih”, katanya, dan dollar akan  melemah apabila ekonomi global bertambah baik.

Walaubagaimanapun. Secara keseluruhan, Yellen melihat keadaan ekonomi AS semakin pulih kerana kadar pengangguran menurun 5%. Namun, Yellen belum bersedia untuk mengisytiharkannya. Beliau menunjukkan bahawa seramai 2 juta rakyat Amerika mahukan pekerjaan dan bersedia untuk bekerja  tetapi mereka behenti mencari pekerjaan pada bulan Oktober yang lalu kerana tidak digalakkan . Jika pasaran kerja meningkat, pasti akan ramai kembali untuk mencari pekerjaan.

Namun Yellen optimis bahawa pengambilan pekerjaan dan inflasi akan terus meningkat dan bergerak ke hadapan untuk mencapai matlamat Fed pada bulan-bulan yang akan datang. Presiden Atlanta Fed, Dennis Lockhart juga membuat kenyataan yang sama.

Satu kadar Fed meningkat pada bulan Disember atau tidak lama selepas itu. “Akan menjadi satu bukti kepada sejauh mana ekonomi kita akan pulih daripada kesan krisis kewangan dan kemelesetan besar,” katanya membuat kesimpulan.

Anda sudah join Channel Telegram MoshedFX? – KLIK SINI Untuk Join Segera sebelum ia ditutup!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat