Apakah Yang Berlaku? Coinbase Secara Rasmi Umum Tamatkan Operasi Di Negeri Ini!

154

Bursa mata wang kripto Coinbase pada hari Isnin memaklumkan khabar mendukakan bahawa mereka secara rasmi menghentikan operasi di Jepun dan akan menjalankan semakan lengkap perniagaannya di negara itu. Pelanggan Coinbase Japan boleh menarik balik pegangan kripto dan fiat mereka sehingga 16 Februari. Baki pegangan kripto akan ditukar kepada yen Jepun (JPY) dan pelanggan perlu berkoordinasi dengan Biro Hal Ehwal Undang-undang untuk mendapatkan semula baki mereka selepas 16 Februari.

Dalam catatan blog rasmi pada 18 Januari, Coinbase mengumumkan bahawa ia telah membuat keputusan yang sukar untuk menyemak sepenuhnya perniagaan di Jepun dan menamatkan transaksi dengan pelanggan sedia ada. Coinbase mengatakan faktor keputusan tersebut diambil kerana keadaan pasaran yang melampau dan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan operasi pada 2023.

“Disebabkan perubahan dalam persekitaran pasaran, kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menyemak sepenuhnya perniagaan semasa kami di Jepun dan menamatkan transaksi dengan pelanggan sedia ada. Bagaimanapun, kami komited untuk membuat peralihan ini selancar mungkin untuk pelanggan kami yang dihargai, kata VP Coinbase, Nana Murugesan dan Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase Japan Nao Kitazawa.

Coinbase telah menyediakan sistem yang mudah untuk membolehkan pelanggan mengeluarkan aset mereka sehingga 16 Februari waktu Jepun. Pelanggan juga boleh mengeluarkan aset kripto mereka ke bursa kripto lain, dompet Coinbase, atau dompet pengguna sendiri yang lain.

Sebagai alternatif, pelanggan Coinbase Japan boleh mencairkan portfolio dan mengeluarkan Yen Jepun ke akaun bank tempatan mereka. Mulai 17 Februari, pegangan kripto di Coinbase akan ditukar kepada Yen Jepun dan dihantar ke Akaun Jaminan di Biro Hal Ehwal Undang-undang. Pelanggan perlu berkoordinasi dengan Biro Hal Ehwal Undang-undang untuk mendapatkan semula baki JPY mereka selepas 16 Februari.

Pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase Brian Armstrong mengumumkan rancangan untuk mengurangkan 20% tambahan tenaga kerja globalnya untuk menguruskan perbelanjaan operasi. Beliau juga mendedahkan menutup beberapa projek dengan kebarangkalian kejayaan yang lebih rendah. Operasi Jepun banyak terjejas oleh keputusan pemberhentian.

Harga saham Coinbase (COIN) berakhir 8% meningkat kepada $54.14 pada hari Selasa. Harga COIN telah melonjak hampir 45% dalam tempoh 5 hari lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat