Apakah Yang Menyebabkan Kejatuhan Drastik Beberapa Matawang Utama Tadi?

1,264

Krisis pandemik coronavirus terus menjadi faktor kepada sentimen pasaran hari ini, selain turut dipengaruhi oleh permintaan US dolar yang semakin meningkat berbanding sekumpulan matawang utama.

US dolar diniagakan meningkat berbanding safe-haven yen berikutan didorong oleh peningkatan permintaan terhadap matawang A.S oleh pelabur dan syarikat Jepun sebelum berakhirnya tahun fiskal mereka.

Hari ini, 31 Mac 2020 merupakan dagangan terakhir bagi data tahun fiskal Jepun dan suku tahun terakhir bagi beberapa pelabur utama, di mana ia boleh mendorong kepada ketidaktentuan dalam pasaran matawang.

Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan meningkat 0.3% kepada 99.38.

Dolar Aussie mencatat kejatuhan ketara berbanding US dolar pada awal dagangan sebelum kembali diangkat oleh data pembuatan dan bukan pembuatan China bagi bulan Mac, yang memaparkan pemulihan selepas terkesan akibat penularan COVID-19 di negara itu.

Selain itu, dolar New Zealand juga diniagakan menyusut selepas kerajaan melanjutkan keadaan kecemasan di seluruh negara selama tujuh hari dalam usaha membendung penularan coronavirus.

Turut menambah tekanan kepada dolar kiwi adalah data keyakinan perniagaan di New Zealand pada bulan Mac yang mengecewakan dengan kemerosotan ketara pada -63.5 daripada -19.4 yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Sementara itu, permintaan terhadap US dolar turut mendorong penyusutan ketara bagi matawang pound, yang menyaksikan pasangan GBP/USD mencatat penurunan lebih 100 pips pada awal dagangan sesi Asia.

Di samping itu, dolar Kanada kembali diniagakan lemah berbanding USD didorong oleh kejatuhan harga minyak ke paras terendah 17 tahun dan permintaan matawang AS yang semakin meningkat berbanding beberapa matawang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat