Apakah Yang Terjadi Pada Ekonomi U.S? Ini 2 Data Yang Perlu Diketahui Pemain Pasaran!

797

Harga pengeluar mencatat peningkatan pada bulan Disember walaupun ia terkurang daripada jangkaan para pakar ekonomi. Namun begitu, angka ini adalah tinggi selari dengan lonjakan inflasi ke paras tertinggi hampir 40 tahun berdasarkan laporan Jabatan Buruh.

Indeks harga pengeluar (PPI) yang mengukur harga yang diterima oleh pengeluar barangan, perkhidmatan dan pembinaan, meningkat 0.2% untuk bulan itu, separuh daripada anggaran 0.4% Dow Jones. Namun berdasarkan kiraan tahunan, indeks tersebut telah meningkat 9.7% bagi bulan Disember. Ia merupakan peningkatan tahunan tertinggi pernah dicatat sejak 2010.

Disisi yang berbeza pula, terdapat laporan yang tidak kurang pentingnya bahawa tuntutan pengangguran awal bagi minggu berakhir 8 Januari adalah berjumlah 230,000, jauh melebihi anggaran 200,000 dan peningkatan yang besar daripada 207,000 minggu sebelumnya.

Akan begitu jika kita melihat dari sudut jangka masa panjang, datang pengangguran adalah lebih rendah. Tuntutan berterusan yang berdasarkan data 2 minggu sebelumnya berkurangan sebanyak 194,000 kepada 1.56 juta, paras terendah sejak 2 Jun 1973.

Dengan tahap pengangguran yang terus jatuh, kadar pengangguran bagi bulan Disember merosot kepada 3.9 dimana pasaran lebih tertumpu kepada inflasi. Bacaan PPI hari Khamis dikeluarkan sehari selepas indeks harga penggun. Dimana IHP adalah indeks yang mengukur harga yang dibayar semasa pembayaran untuk sebilangan besar barangan dan perkhidmatan harian catat peningkatan 7% tahun ke tahun, kenaikan terbesar 12 bulan sejak Jun 1982.

PPI Teras yang tidak mengukur makanan, tenaga dan perdagangan meningkat 0.4% pada bulan Disember, di bawah anggaran 0.5%. Harga permintaan akhir untuk makanan dan tenaga kedua-duanya jatuh pada bulan itu, masing-masing merosot 0.6% dan 3.3%. Harga dagangan meningkat 0.8% manakala kos pengangkutan dan pergudangan meningkat 1.7%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama catat penyusutan lebih lanjut sebanyak 0.20% kepada paras dagangan 94.707 selepas laporan PPI dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat