Apple Nak Saman Israel!

1,589

Mantaplah! Apple pun jadi anti-Israel.

Apple Inc telah memfailkan saman terhadap syarikat firma siber Israel, NSO Group serta syarikat induknya OSY Technologies atas dakwaan pengawasan dan penyasaran terhadap pengguna Amerika Syarikat (AS) dengan perisian pengintipnya, Pegasus.

Pembuat iPhone tersebut turut mengenakan sekatan (Ban) kepada NSO Group dari menggunakan mana-mana perisisan, perkhidmatan atau pranti Apple bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan.

NSO telah membuat alat penggodaman, Pegasus, yang menurut kumpulan pemerhati tersebut menyasarkan pekerja hak asasi manusia dan wartawan.

Pada awal bulan ini, pegawai AS telah menyenarai hitam firma tersebut. Apple menyertai Microsoft Corp, Meta Platform Inc, Alphabet Inc dan Cisco System Inc dalam mengenakan tindakan undang-undang serta mengkritik NSO.

Dalam aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Daerah Utara California, Apple menyatakan NSO telah menggunakan alat tersebut dalam ‘usaha bersepadu pada 2021 untuk menyasar dan menyerang pelanggan Apple’ dan ‘warga AS telah diawasi oleh perisian pengintip NSO pada peranti mudah alih yang boleh dan merentasi sempadan antarabangsa’.

Apple turut mendakwa NSO telah mencipta lebih 100 Apple ID palsu dalam melakukan serangan walaupun pelayannya tidak digodam namun NSO telah menyalahgunakan dan memanipulasi pelayan tersebut dalam melakukan serangan.

Selain itu, Apple turut mendakwa NSO terlibat secara langsung dalam menyediakan perkhidmatan perundingan untuk serangan tersebut.

Setakat ini, Apple menyatakan masih tiada sebarang bukti alat NSO digunakan dalam peranti Apple yang menggunakan iOS 15.

Dalam pada itu, Apple turut menyatakan mereka akan mendermakan $10 juta serta sebarang kerosakan yang diperolehi dalam tuntutan mahkamah kepada kumpulan penyelidikan pengawasan siber termasuk Citizen Lab, kumpulan Universiti Toronto yang pertama kali menemui serangan NSO.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat