Apple Watch Kuasai Pasaran Jam Pintar

222

Apple Inc. kini sedang mendominasi dalam industri jam pintar dan telah jauh meninggalkan pesaingnya. Menurut sebuah penyelidikan, Apple Watch memegang 46% pasaran jam pintar diikuti Samsung (16%) dan Fitbit (10%) pada suku kedua tahun ini.

Antara faktor yang menjadikan Apple Watch produk utama di pasaran ialah jam ini adalah yang paling mesra pengguna berbanding produk lain. Selain itu, jam ini turut diminati oleh pengguna iPhone yang menganggap ia adalah pelengkap bagi telefon pintar itu.

Saham Apple mengalami sedikit penurunan pada Isnin namun untuk tahun ini harga sahamnya telah meningkat sebanyak 27%. Berbeza bagi Fitbit apabila harga sahamnya merudum lebih 20% pada awal Ogos yang lalu selepas merekodkan rugi bersih $68 juta pada suku kedua.

Produk seperti Apple Watch dan AirPods semakin berkembang berdasarkan laporan kewangan Apple yang terbaru. Menurut CEO Apple Tim Cook, peningkatan yang dicatatkan sudah melebih 50%. Tambahnya lagi, 75% daripada pembeli Apple Watch pada suku yang lalu merupakan pembeli untuk kali yang pertama.

Selari dengan peningkatan itu, ia juga dikenalpasti sebagai penyumbang utama dalam pengeluaran produk utama Apple yang bernilai $53.8 bilion untuk suku kali ini.

Apple juga dilihat seperti mengurangkan penjualan telefon pintar mereka iPhone yang dahulu menjadi nadi utama dalam penjualan syarikat itu. Hal ini menunjukkan isyarat bahawa barangan seperti Apple Watch mampu menjadi pesaing utama dalam penjualan secara keseluruhan syarikat Apple.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat