Arab Saudi Hentikan Perjanjian Petro-Dolar 50 Tahun Dengan Amerika Syarikat!

2,526

Pergolakan kewangan global yang ketara bakal terjadi disebabkan oleh tindakan Arab Saudi yang memutuskan untuk tidak memperbaharui perjanjian petro-dolar 80 tahun bersama Amerika Syarikat.

Keputusan itu dibuat pada Ahad 9 Jun kerana mereka merasakan penguasaan ekonomi global AS telah mencapai tahap yang tertinggi.

Perjanjian tersebut telah ditubuhkan pada 8 Jun 1974 dengan mewujudkan dua suruhanjaya bersama iaitu kerjasama ekonomi dan keperluan ketenteraan Arab Saudi. Ia juga bagi mengeratkan hubungan diplomasi buat kedua-dua negara.

Pegawai AS pada masa itu menyatakan keyakinan bahawa perjanjian tersebut akan mendorong Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran minyaknya dan mengukuhkan kerjasama ekonomi bersama-sama negara rantau arab yang lain.

Keputusan ‘mengejut’ yang dilakukan Arab Saudi membolehkan mereka untuk menjual minyak dan barangan lain dalam pelbagai bentuk mata wang lain seperti RMB China, euro, yen dan yuan. Selain itu, potensi penggunaan mata wang digital seperti Bitcoin juga turut dipertimbangkan.

Dalam strategi ekonomi terbaru Arab Saudi, mereka mengumumkan penglibatan dalam Project mBridge di mana akan meneroka platform mata wang digital bank pusat (CBDC) bersama-sama negara yang mengambil bahagian.

Projek ini mempunyai lebih daripada 26 ahli penilai termasuk Bank Rizab Afrika Selatan, Israel, Perancis, Mesir, Eropah dan Bank Dunia.

Projek mBridge merupakan hasil kerjasama meluas bermula pada 2021 antara Hab Inovasi BIS, Bank of Thailand, Bank of UAE, Institut CBDC People of China dan Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong.

Pada tahun 2022, perintis dengan urus niaga nilai telah dijalankan. Sejak itu, pasukan Project mBridge telah meneroka sama ada platform prototaip itu mampu berkembang menjadi Produk Berdaya Mampu Minimum (MVP).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat