Arah Harga Berubah, EUR/USD Menjunam Semula Ke $1.0700

130

Perubahan arah harga berlaku pada carta-carta utama semalam berikutan mata wang US dolar telah kembali tersedar dari lamunan untuk mengukuh semula menuju dagangan penghujung minggu.

Pemacu pada sesi-sesi akhir minggu ini adalah pada laporan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Mata wang Euro juga akan dipengaruhi oleh data tersebut di sesi Eropah sebentar lagi, namun sejak semalam mengalami penyusutan dengan tekanan pengukuhan US dolar.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD diteliti pelabur untuk menilai pergerakan pada penutupan minggu ini.

Jika diperhatikan, corak kenaikan harga yang diteruskan di awal minggu terkandas di paras 1.07500 sebelum harga mula dibenam jatuh pada Khamis semalam.

Seperti dijangkakan, harga menghampiri zon tumpuan 1.07000 di penghujung sesi New York dan sedikit melantun menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Pergerakan harga yang telah berada semula di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu menunjukkan isyarat untuk pergerakan bearish.

Jika penurunan harga selepas ini susut di bawah zon 1.07000, akan menjadi petunjuk lebih jelas untuk harga bergerak lebih rendah ke bawah.

Paras yang dicecah pada minggu lalu sekitar 1.06700 akan cuba untuk diatasi sebelum harga catatkan paras terendah terbaru menuju sasaran pada 1.06000.

Namun jika lantunan harga dari paras 1.07000 diteruskan hingga melepasi garisan halangan MA50, ada potensi untuk kenaikan lebih tinggi harga berlaku.

Melepasi rintangan semasa minggu ini pada 1.07500 akan mendorong kenaikan seterusnya menuju zon tumpuan pada 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat