AS-China – Joe Biden Akan Ikut Jejak Langkah Trump?

536

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China telah berlangsung sejak beberapa tahun. Rundingan demi rundingan telah dilakukan namun tidak membuahkan hasil yang ketara. Sejak pertabalan Joe Biden sebagai Presiden A.S , telah timbul tanda tanya adakah Biden akan ikut jejak langkah Trump?

Dalam laporan terkini, Presiden Joe Biden telah mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbiran A.S bersedia untuk berhadapan persaingan yang sengit dengan China namun pendekatan beliau akan berbeza berbanding pendahulu sebelum ini.

Kata Biden, “saya tidak akan melakukannya seperti yang dilakukan Trump. Pentadbiran kami akan menumpukan dan mengadili mengikut peraturan antarabangsa. Tambah beliau, tidak perlu ada konflik namun perlu adanya persaingan yang sengit.

Dalam wawancara dengan CBS, Biden mengatakan bahawa beliau belum menjalankan rundingan dengan Xi Jinping sejak pertabalan beliau. Namun berdasarkan perhubungan melalui atas talian sebelum ini dengan Naib Presiden China, Biden menyifatkan orang kanan Xi Jinping itu sangat cerdas dan tangguh.Selama empat tahun kebelakangan ini, Trump telah menyalahkan China atas pelbagai rungutan, termasuk pencurian harta intelek, amalan perdagangan yang tidak adil dan menyalahkan China akibat penularan wabak Covid-19.

Minggu lalu, Biden mengatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan negara-negara sekutu untuk berhadapan dengan China. Dalam masa yang sama beliau juga terbuka untuk bekerjasama dengan Beijing jika ia membawa kepentingan kepada Amerika.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat