AS Sekat Pelombong Bitcoin (BTC) Terbesar Dunia – ‘BitRiver’

2,553

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) akhirnya melaksanakan sekatan terhadap pelombong Bitcoin Rusia dan BitRiver antara entiti pertama yang menanggung keputusan tersebut.

Sebagai rekod, BitRiver merupakan syarikat perlombongan kripto yang bertapak di Moscow.

10 subsidiari BitRiver AG berpangkalan di Switzerland turut disenaraikan dalam senarai Specially Designated Nationals yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan bahagian Pejabat Kawalan Aset Luar.

Tidak cukup dengan itu, pihak berkuasa AS turut mengambil tindakan terhadap industri perlombongan kripto maya:

“Mereka telah mengendalikan pelayan (server) luas bagi tujuan menawarkan kapasiti perlombongan mata wang maya untuk global, secara tidak langsung telah menyokong Rusia meraih keuntungan berdasarkan sumber asli.”

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, ini merupakan kali pertama AS menyekat syarikat perlombongan kripto. Baru semalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyuarakan kebimbangan dengan kebolehan indusri perlombongan kripto di Rusia.

Manakan tidak, aktiviti perlombongan kripto di negara yang ditadbir presiden Vladimir Putin menawarkan peluang mengelak dari sekatan ekonomi.

Untuk pengetahuan, Rusia sangat beruntung dalam industri perlombongan kripto kerana sumber tenaga yang tinggi dan cuaca sejuk.

Tetapi syarikat perlombongan kripto bergantung besar terhadap peralatan komputer yang diimport dan pembayaran fiat. Ini mengeruhkan keadaan kerana mereka terdedah dengan sekatan.

Pihak AS dan IMF percaya sekatan demi sekatan akan menghancurkan ekonomi Rusia, sebagaimana negara itu telah menghancurkan Ukraine dan mengundangkan impak negatif kepada ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat