AS Tubuh Pasukan Multinasional Ke Laut Merah, Houthi Ancam Serang!

368

Pemimpin Houthi Yaman memberi amaran akan terus menyerang kapal perang milik Amerika Syarikat (AS) jika mereka merancang untuk menyerang kumpulan itu di Laut Merah.

Tindakan itu susulan untuk mengekang serangan kumpulan Houthi yang membuat sekatan ke atas kapal komersial yang mempunyai kaitan dengan Zionis di antara konflik Timur Tengah Israel-Hamas.

Abdel Malek Al-Houthi, Pemimpin Houthi berkata bahawa mereka tidak akan berdiam diri dan akan bertindak balas dengan melancarkan perang jika AS mengenakan sekatan lebih dahsyat.

Katanya lagi, sebarang kapal perang sekutu Israel yang melintasi Laut Merah akan diserang melalui serangan peluru berpandu, dron dan operasi ketenteraan kumpulan itu.

Tindakan itu turut mendapat sokongan daripada Iran diatas kekejaman mereka terhadap rakyat Gaza di Palestin.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan gabungan 10 negara untuk menamatkan serangan yang menjejaskan laluan transit yang membawa sehingga 12 peratus perdagangan global.

Menurut laporan terkini, Amerika Syarikat mempunyai rancangan untuk menggerakkan aset ketenteraannya lebih awal bagi memastikan kapal-kapal Israel dan yang berkaitan selamat untuk melintasi. Sejak bulan lalu, Houthi yang menguasai sejumlah besar wilayah di Yaman telah menembak dron dan peluru berpandu ke arah kapal antarabangsa yang melalui Laut merah.

Selain AS, Itali juga turut menghantar sebuah kapal frigat ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada usaha antarabangsa untuk membantu melindungi kapal komersial lain daripada serangan peluru berpandu dan dron Houthi.

Justeru inisiatif keselamatan yang diketuai AS menyaksikan Washington dan kebanyakan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan bertindak balas terhadap serangan Houthi yang setakat ini menyebabkan syarikat perkapalan global utama terpaksa mengubah laluan perdagangan di sekitar Afrika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat