Asas Kripto: Kenali Nod, Aspek Penting Dalam Penubuhan Blockchain

1,134

Tahukah anda, nod yang terdapat di blockchain merupakan komponen penting untuk memastikan koin kripto benar-benar berfungsi, selain sebagai jaminan perlindungan di rangkaian?

Tidak hairanlah mengapa nod sering disebut-sebut di dalam kebanyakan artikel kripto Intraday. Salah satunya: Kenali Kripto: Helium (HNT), Penghubung Untuk Peranti Internet Of Things (IOT).

Sebenarnya, terma ‘nod’ bukanlah sesuatu yang baru di dalam dunia kripto. Sebaliknya ia sangat luas digunakan dalam industri teknologi.

Tetapi dalam ruang kripto, nod membawa maksud yang berbeza.

Apa itu ‘nod’?

  • Nod merujuk kepada GPU/komputer yang disambungkan ke rangkaian kripto atau blockchain.
  • Merupakan sebahagian daripada teknologi lejar yang diedarkan (DLT).
  • Tanpa nod, tidak wujudlah blockchain.
  • Kehadiran nod boleh dikenalpasti melalui pengesahan dan perlaksanaan transaksi di rangkaian.
  • Peranti inilah yang bertanggungjawab dalam memastikan blockchain berfungsi dengan selamat, adil, dan kekal.
  • Nod dan mekanisme Proof of Work (PoW) saling berkaitan kerana tanpa komputer, perlombongan dan pengesahan transaksi tidak dapat dilaksanakan.
  • Dua jenis nod:
    • Nod penuh (full nodes)
      • Melaksanakan fungsi rangkaian berdasarkan ketetapan penuh dan menyeluruh berdasarkan rekod terdahulu blockchain.
      • Menyokong dan menawarkan perlindungan kepada rangkaian.
    • Nod ringan (lightweight nodes)
      • Setiap pengguna di dalam rangkaian adalah nod ringan.
      • Nod ringan perlu dihubungkan kepada nod penuh untuk sertai rangkaian.
      • Menawarkan kemudahan perlaksanaan di rangkaian.
    • Rangkaian yang terkenal dengan nod: Bitcoin dan Dogecoin.

Di sini dapat disimpulkan, mana-mana komputer atau peranti yang terhubung dengan blockchain dikenali sebagai nod. Manakala kebanyakan nod di rangkaian adalah nod ringan tetapi ketahuilah kehadiran nod penuh merupakan tunjang kepada sesebuah blockchain.

Nod vs Pelombong (miner)

Mungkin ada yang sudah keliru – adakah miner itu nod?

Nod dan miner adalah dua perkara yang berbeza.

Sedia maklum, nod adalah peranti yang digunakan untuk saling berhubung tetapi miner pula adalah individu yang membuat pengesahan transaksi di rangkaian dan perlombongan koin kripto.

Ini bermakna, miner boleh dikategorikan sama ada nod penuh atau nod ringan berdasarkan penyelesaian yang dilakukan untuk penghasilan blok baharu.

Di sini lebih jelas untuk melihat bagaimana PoW berfungsi.

Apabila transaksi selesai, blok akan beredar dalam blockchain. Usaha miner ini juga akan ditawarkan dengan ganjaran dalam unit mata wang kripto.

Misalnya pelombong BTC akan mendapat ganjaran dalam bitcoin.

Adakah anda sudah jelas tentang nod?

Dapat disimpulkan bahawa kehadiran nod sebenarnya memainkan banyak peranan penting terutama dalam memastikan urusan dalam blockchain berjalan lancar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat