Aspek Ini Pelabur Perlu Perhatikan Untuk Pergerakan USD/JPY!

263

Tampaknya carta harga pasangan matawang USD/JPY tampil gah semula dengan memapar lonjakan di awal minggu setelah harga menutup dagangan minggu lalu dengan terjunan menghampiri 100 pips.

Sekali lagi zon RBS (resistance become support) 114.000 dilihat masih lagi kebal untuk diatasi dan sama sekali telah menyokong harga mencatat rekod ketinggian terbaharu sejak Mac 2017 sekitar paras 115.100.

Tetapi harga nampaknya telah membuat terjunan pada sesi Eropah hari ini (Selasa) namun trend bullish masih lagi kelihatan selepas harga terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Serba sedikit kejutan yang ditampilkan juga daripada hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang mencatat semula kenaikan menjadi antara penyebab kenapa matawang Yen kembali diheret lemah.

Matawang USD pula terus mengambil kesempatan untuk menyokong pergerakan harga setelah peroleh manfaat daripada kenyataan ahli Federal Reserve (Fed) yang berkehendak untuk mempercepat tapering.

Pemangkin utama kepada dolar greenback bakal dinantikan pada sesi New York Rabu dengan penantian bakal lebih terarah kepada data-data penting AS termasuk kepada keputusan minit mesyuarat FOMC.

Keupayaan untuk terus kekal menterjemahkan kenaikan bakal disasarkan kepada zon rintangan 115.000 untuk sekali lagi dilepasi sebelum jangkaan mampu mencapai sehingga ke zon rintangan tertinggi 116.000.

Lonjakan ke zon rintangan tertinggi 116.000 juga tampaknya bakal menjadi rekod ketinggian yang baharu sepanjang tempoh masa hampir 5 tahun yang mana terakhir kali dicatatkan iaitu pada awal Januari 2017.

Akan tetapi sekiranya harga pada carta USD/JPY tersebut kembali membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) sekitar 114.460 dijangka akan menjadi hala tuju seterusnya untuk dicapai.

Manakala penurunan yang lebih rendah untuk melihat isyarat awal kepada perubahan trend harga bakal disaksikan andai kata pergerakan harga menguji semula zon RBS yang ketika ini paling kebal pada 114.000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat