AUD/USD Bakal Jejak Paras Lebih Rendah Berbanding Minggu Lalu?

277

Pelabur memulakan dagangan pada awal Julai dengan sentimen pasaran yang masih berisiko ekoran kebimbangan penularan Covid-19 varian Delta yang semakin meningkat.

Mata wang pulangan tinggi bergerak suram dalam pasaran sementara US dolar mengukuh pada minggu ini menutup dagangan Jun dengan prestasi yang cemerlang.

Dengan jangkaan US dolar untuk terus kukuh menjelang laporan NFP penghujung minggu, dolar Australia menepati ramalan penganalisis untuk mengalami penurunan nilai dalam sentimen risk-off pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga menyambung lagi penurunan semalam lebih rendah walaupun pada kadar yang perlahan.

Situasi tersebut berterusan sehingga ke sesi Asia pagi ini dimana harga dilihat telah mencecah ke zon support minggu lalu sekitar 0.74800.

Pergerakan harga yang kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih menunjukkan trend menurun harga dan berkemungkinan zon support 0.74800 gagal membendung harga untuk jatuh lebih rendah.

Jika penurunan diteruskan di bawah zon tersebut, harga dijangka untuk menuju ke paras sasaran lebih rendah sekitar 0.74000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan.

Paras tersebut berada pada zon RBS (resistance become support) yang diuji pada kenaikan Ogos 2020 sebelum harga berjaya tembusi pada dagangan Disember 2020.

Namun, sekiranya harga mula melonjak kembali dari zon support tersebut dan melepasi halangan MA50, ini boleh menjadi isyarat awal untuk trend kenaikan harga semula.

Sasaran kenaikan harga berada pada zon rintangan 0.76000 yang turut diuji pada awal minggu ini sebelum pelabur menyaksikan corak penurunan harga.

US dolar perlu bergerak lemah dan sentimen pasaran harus menyokong mata wang Aussie untuk situasi kenaikan harga berlaku.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat