AUD/USD Bakal Melonjak Lebih Tinggi Jika Sentimen Rundingan AS-China Terus Positif

398

Seperti yang dijangka dalam analisis teknikal sebelum ini, pergerakan harga pada carta pasangan matawang menepati ramalan kenaikan ke paras lebih tinggi selepas mencatatkan lonjakan awal pada sesi Asia Khamis semalam.

Kenaikan harga adalah digerakkan oleh sentimen pasaran yang kembali pulih berikutan perkembangan positif pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China. Pelabur memantau hasil rundingan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama Timbalan Presiden China Liu He yang akan bertemu di White House hari ini.

Sentimen pasaran yang semakin pulih mendorong pengukuhan pada matawang berorientasikan perdagangan antaranya dolar Australia. Atas faktor rakan dagang utama bersama China, matawang Australia mengukuh seiring perkembangan positif rundingan dagang China bersama Amerika.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, terdapat tanda-tanda awal menunjukkan harga bakal kembali membuat kenaikan semula selepas corak penurunan harga dipamerkan sejak dagangan awal minggu.

Lonjakan harga semalam yang melepasi zon penting pada 0.67450 mencatatkan paras ketinggian terbaru (Higher High) sebelum harga membuat kenaikan menuju zon resistance yang diuji pada dagangan September.

Kenaikan harga terus bersambung pada sesi Asia hari ini sehingga harga menyentuh paras 0.67800 dan harga menguji paras ketinggian tersebut sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Perkembangan positif rundingan yang kembali meyakinkan pelabur bakal mendorong harga untuk tembusi paras resistance sebelum mencatatkan kenaikan ke paras yang lebih tinggi.

Namun jika harga sesuatu yang kurang menyenangkan dilaporkan pada rundingan dagang dan membuatkan pelabur mula gelisah, harga bakal kembali menurun semula ekoran penyusutan nilai dagangan Aussie.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat