AUD/USD Bergerak Melawan Arah Pasaran?

193

Walaupun sentimen pasaran berisiko menambah kebimbangan pelabur, namun lain pula yang berlaku pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang AUD/USD.

Ini adalah disebabkan corak kenaikan harga yang dipaparkan di mana dolar Australia didagangkan sedikit kukuh berbanding US dolar.

Sentimen berisiko pasaran kebiasaannya memberi kelebihan kepada US dolar sementara mata wang pulangan tinggi seperti dolar Aussie akan melemah. Dengan itu, harga seharusnya bergerak membuat penurunan.

Namun dagangan awal minggu menyaksikan corak kenaikan harga dipamerkan pada carta AUD/USD dengan paras ketinggian terbaru 5 minggu dicapai semalam sekitar 0.73800.

Tumpuan pelabur akan terarah terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini utk US dolar, dan seterusnya laporan data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada sesi Asia pagi esok (Khamis) untuk dolar Aussie.

Sementara itu, pelabur berwaspada dengan isyarat awal ‘bearish’ pada carta AUD/USD ekoran harga mula bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Pergerakan harga mendatar di zon 0.73400 sejak sesi Asia pagi ini bersambung ke awal sesi Eropah.

Jika penurunan harga berlaku, paras sokongan harga yang bakal diuji dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) 0.73000 yang menjadi paras permulaan kenaikan harga di awal minggu ini.

Penurunan lebih rendah di bawah zon RBS 0.73000 dilihat akan menuju pula zon support tumpuan seterusnya pada 0.72000-0.71800.

Namun jika harga masih berjaya mengekalkan corak ‘bullish’ pada awal minggu, zon rintangan 0.74000 akan menjadi zon penting yang bakal diuji harga.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji zon rintangan yang diuji pada September lalu di paras ketinggian sekitar 0.74700.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat