AUD/USD Cenderung Meneruskan Penurunan Berikutan Risiko Terhadap Dagangan Aussie

432

Matawang dolar Australia mengalami penurunan pada dagangan sesi Asia pagi ini berikutan terkesan oleh sentimen pasaran yang kembali berisiko.

Presiden Donald Trump telah mengancam untuk meningkatkan kadar tarif terhadap barangan import China berjumlah $200 bilion sekaligus kembali menjejaskan perkembangan pada rundingan dagangan antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini.

Laporan terbaru mengatakan Timbalan Presiden Liu He akan membatalkan lawatan ke Washington untuk meneruskan rundingan dagang yang dijadualkan pada Rabu ini.

Selain itu juga, dagangan Aussie pada minggu ini berisiko ekoran pasaran menjangkakan bank pusat Australia akan menurunkan kadar faedah daripada paras 1.50% kepada 1.25% pada mesyuarat dasar esok hari (Selasa).

Jika diperhatikan pada pasangan matawang AUD/USD, pembukaan harga pada sesi pasaran Asia hari ini melihatkan perbezaan jarak (gap) yang ketara sekitar 50 pips dari harga yang ditutup pada sesi New York minggu lalu.

Pada dagangan Jumaat lalu, harga yang menguji paras support 0.69900 telah melonjak sehingga ke paras 0.70200 susulan laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat yang menyaksikan USD mengalami penurunan harga.

Harga dibuka rendah hari ini sekitar paras support 0.6970 (MagicS2) sebelum naik menguji paras support 0.6995 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang turut berada pada zon SBR (support become resistance). Kelihatan harga masih bergerak turun naik di antara dua paras support tersebut sehingga penghujung sesi Asia.

Jika dagangan Aussie terus lemah, harga akan meneruskan penurunan lebih rendah sehingga melepasi paras support 0.6955 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk menetapkan paras terendah semasa yang baru pada chart AUD/USD.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan harga akan kembali menguji paras tumpuan pada 0.70200 sebelum cuba menembusi paras-paras resistance pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.6995, 0.6970, 0.6955.

Paras resistance: 0.7034, 0.7049, 0.7074.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat