AUD/USD Gagal Kekalkan Momentum Kenaikan, Harga Pamer Penurunan Semula

278

Matawang dolar Australia kembali mencatatkan penurunan pada sesi New York selepas lonjakan harga pada sesi Asia sebelumnya semalam.

Pengukuhan Aussie pada sesi Asia adalah susulan laporan data pekerjaan Australia yang mencatatkan bacaan yang baik dengan kadar pengangguran turut menurun.

Namun, tekanan terhadap matawang Australia tersebut kembali dirasakan ekoran kesan daripada isu wabak coronavirus yang semakin genting di China. Telah dilaporkan 17 kematian dan lebih 600 kes melibatkan virus tersebut.

Sesi Asia pagi ini memberi tumpuan pula pada data PMI pembuatan dan perkilangan Australia yang mencatatkan bacaan yang agak bercampur.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, harga yang melonjak hampir menyentuh paras 0.68800 kemudiannya kembali membuat penurunan semula setelah gagal menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Penurunan harga kembali menuju zon support 0.68300 setelah turun lebih rendah semula dari paras sokongan Moving Average (MA50) dan juga zon SBR 0.68500.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak mendatar di bawah paras SBR 0.68500 dan tidak memberikan reaksi ketara selepas data PMI diterbitkan.

Dengan tekanan faktor wabak virus yang sedang merebak, Aussie berkemungkinan akan terus turun lebih rendah melepasi support 0.68300 semalam.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon support seterusnya pada 0.68000 yang diuji pada dagangan Disember lalu.

Jika kenaikan berjaya lepas SBR 0.68500 semula, harga dilihat akan menguji sekali lagi zon SBR pada paras 0.68800 sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat