AUD/USD Kembali Meningkat Menuju Ketinggian Dicapai Januari

342

Mata wang komoditi turut memanfaatkan peluang pada dagangan minggu ini untuk mengukuh susulan kejatuhan nilai US dolar sejak awal minggu.

Dolar Australia kembali pamerkan prestasi pulih selepas merosot pada minggu lalu dengan kenaikan harga seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang AUD/USD.

Sentimen risk-on pasaran bakal mendorong dolar Aussie ke paras tertinggi tahun ini yang dicapai pada Januari lalu sementara US dolar pula bakal terus tertekan.

Kenaikan harga pada carta AUD/USD dilihat bermula pada penghujung minggu lalu lagi selepas pelabur melayan pergerakan mendatar harga sepanjang minggu.

Susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan bacaan data kurang memberangsangkan dan melemahkan dagangan US dolar, harga telah melonjak tinggi dan melepasi rintangan 0.76500.

Pada awal minggu ini pula, harga memulakan kenaikan dari zon harga tersebut dan sehingga ke sesi Asia pagi ini (Rabu), harga telah berjaya ke zon resistance lebih tinggi sekitar 0.77400.

Kenaikan harga yang melepasi zon tersebut dijangka akan diteruskan sehingga ke paras ketinggian 0.78200 semula. Paras tersebut dicapai harga pada penghujung Januari lalu sebelum harga bergerak lebih rendah.

Sekiranya harga kembali membuat penurunan, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan menyokong harga untuk menyambung kenaikan semula.

Jika harga terus menjunam lebih rendah melepasi halangan MA50, pelabur akan berwaspada dengan isyarat perubahan trend harga tersebut.

Penurunan akan kembali semula ke zon tumpuan seperti 0.76500 dan juga ke zon support 0.75700 yang dicecah pada awal minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat