AUD/USD Lonjak Ke Paras Tertinggi 8 Bulan Sebab FOMC!

105

Sepertinya carta harga pasanga mata wang AUD/USD dilihat kembali menyambung semula pergerakan trend bullish sebelum ini selepas memaparkan corak penurunan harga di awal minggu.

Pada mulanya harga harga membuat penurunan dari zon 0.71000 sehingga mencecah ke zon tumpuan 0.70000.

Berjaya berfungsi sebagai sokongan buat harga, kenaikan dapat diperhatikan semula sehinggalah isyarat lebih jelas dinilai selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Meneliti keputusan mesyuarat, Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk memperlahankan pengetatan dasar dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, lebih rendah daripada kenaikan 50 mata asas sebelum ini.

Presiden Fed, Jerome Powell juga memberikan komen yang bernada agak dovish menunjukkan kenaikan kadar faedah yang rendah akan dikekalkan untuk beberapa tempoh sambil memantau penurunan inflasi.

Seperti mata wang yang lain, dolar Aussie juga memanfaatkan situasi penyusutan US dolar untuk meningkat ke paras lebih tinggi menuju dagangan penghujung minggu ini.

Pelabur telah bersedia dengan isyarat bullish lebih awal pada carta AUD/USD semalam ketika harga telah mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Selepas mesyuarat FOMC, harga akhirnya melonjak menembusi zon rintangan 0.71000 dan sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), harga telah mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 0.71500.

Melepasi ketinggian minggu lalu, harga telah mencatatkan ketinggian terbaru bagi tempoh dagangan 8 bulan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi yang dijangka akan diteruskan adalah untuk menguji rintangan 0.71800-0.72000 pula.

Seterusnya, kenaikan bakal dilanjutkan menuju 0.72300 untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun jika corak penurunan kembali dipaparkan, harga bakal menguji kembali zon 0.71000 dan berkemungkinan reaksi menarik harga akan dipaparkan.

Jika susut lebih rendah, harga dilihat akan kembali semula singgah ke zon 0.7000 yang dicecah pada awal minggu dengan isyarat perubahan trend.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat