AUD/USD Melonjak 100 Pips, Momentum Kenaikan Disokong Pula Oleh Laporan Pekerjaan Australia Yang Positif

289

Matawang komoditi dolar AUD yang melemah susulan ucapan Timbalan Gabenor bank pusat Australia semalam kembali mencatatkan pengukuhan semula sehingga dagangan hari ini.

AUD antara matawang yang mendapat manfaat selepas Fed mengekalkan kadar faedah serta memberi isyarat bahawa tiada kenaikan kadar pada tahun ini menyebabkan kejatuhan drastic pada dagangan USD.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, laporan data pekerjaan di Australia dikeluarkan dan memberi bacaan yang positif. Kadar pertambahan pekerjaan tidak menunjukkan peningkatan yang dijangkakan, namun kadar pengangguran di Australia telah mencatatkan penurunan ke paras 4.9% untuk bacaan bulan Februari berbanding 5.0% bacaan sebelum ini.

Angka penurunan tersebut merekodkan kadar pengangguran terendah yang terendah sejak Jun 2011 yang lalu dan hal ini telah membuatkan dagangan Aussie berjaya melonjak khususnya berbanding USD.

USD dijangka akan terus didagangkan lemah selepas kenyataan dovish bank pusat membuatkan pelabur bergegas nemasuki pasaran dengan prospek penurunan kadar faedah pada tahun ini di Amerika Syarikat.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD, harga telah melonjak hampir 100 pips pada dagangan semalam dari paras support MagicS2 sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line mencapai paras ketinggian pada 0.71500.

Dagangan hari ini melihatkan harga menyambung kenaikan disokong oleh laporan data pekerjaan Australia yang positif. Harga telah naik sehingga menyentuh paras resistance 0.7165 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum membuat sedikit penurunan semula.

Jika harga terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga boleh mencapai ketinggian yang baru sekitar 0.7258 (MagicR3) dengan mencatatkan hampir 110 pips pergerakan harga.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, paras RBS (resistance become support) pada 0.70900 bakal diuji harga kembali untuk harga membuat penurunan ke paras lebih rendah.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras penting pada indicator Moshed Magic Line yang menjadi antara paras-paras tarikan harga.

Paras support: 0.7072, 0.7017, 0.6978.

Paras resistance: 0.7165, 0.7204, 0.7258.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat