AUD/USD Terpacak Naik Ke Paras Resistance Bulan Lepas $0.6900

230

Mata wang komoditi dolar Australia antara yang persembahkan prestasi cemerlang minggu ini susulan kesempatan yang diambil ke atas penyusutan US dolar.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah berjaya mencapai kenaikan ke paras tertinggi dalam tempoh 4 minggu semalam.

US dolar yang ketara alami penyusutan selepas terbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu dilihat terus bergerak lemah pada sesi New York semalam berikutan data indeks harga pengeluar (PPI) AS juga turut papar bacaan yang suram.

Sehingga bersambung pada dagangan minggu hadapan, penganalisis menjangkakan US dolar akan kekal bergerak susut dalam pasaran dengan jangkaan yang semakin kuat bahawa dasar pengetatan Federal Reserve (Fed) sudah di penghujung.

Namun begitu, pelabur tetap berwaspada sekiranya pergerakan harga berubah arah pada penutup dagangan sesi-sesi akhir ini dengan kemungkinan aktiviti pengambilan untung (profit taking) yang boleh berlaku.

Kenaikan harga sehingga sesi New York semalam hampir menyentuh paras 0.69000 yang merupakan paras rintangan harga diuji pada dagangan pertengahan Jun yang lalu.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan menembusi rintangan itu, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru sejak Februari.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju sekitar ketinggian 0.70000 pula.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga yang boleh berlaku, harga dilihat akan susut ke sekitar 0.68200 sebelum cecah ke zon 0.67600.

Melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan rangka masa 1 jam di carta itu akan memberi isyarat awal untuk trend harga berubah.

Pasaran akan meneliti pula data tinjauan sentimen keyakinan pengguna AS pada sesi New York sebentar lagi sebelum dagangan minggu ini melabuhkan tirainya.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat