AUD/USD Teruskan Kenaikan Selepas Minit Mesyuarat RBA Diterbitkan

262

Minit mesyuarat bank pusat Australia yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) menjadi tumpuan bagi pelabur meneliti butiran lanjut mesyuarat yang berlangsung pada awal April.

Jika diteliti, Reserve Bank of Australia (RBA) komited untuk mengekalkan dasar yang longgar serta bersedia untuk meningkatkan pembelian bon sekiranya diperlukan.

Situasi tersebut dilihat tidak menghalang kenaikan yang dipamerkan oleh dolar Australia pada sesi Asia pagi ini susulan sentimen pasaran di awal minggu menyokong dagangan mata wang komoditi.

Namun, dapat dilihat kenaikan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD mula perlahan menuju pembukaan pasaran sesi Eropah.

Kelebihan kekal dimanfaatkan oleh dolar Aussie di awal minggu dengan penyusutan US dolar menyambung corak pergerakan pada minggu lalu.

Lonjakan harga semalam mencapai paras ketinggian pada 0.77800 sebelum susut dan menutup dagangan pada zon RBS (resistance become support) 0.77500.

Harga juga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bullish.

Memulakan dagangan di sesi Asia pagi ini, harga menyambung kenaikan dari zon RBS 0.77500 dan telah berjaya mengatasi ketinggian semalam untuk menuju ke paras rintangan terbaru pada 0.78300 yang gagal ditembusi pada dagangan Mac lalu.

Kenaikan lebih tinggi bakal mendorong jangkaan harga untuk menuju semula ke paras ketinggian 0.8000 untuk merekodkan paras ketinggian terbaru tahun ini.

Sekiranya harga membuat penurunan semula di bawah zon RBS 0.77500 dan di bawah paras MA50, penurunan dilihat akan kembali menguji zon RBS pada 0.76500.

Seterusnya zon support 0.75700-0.75300 menanti penurunan harga yang lebih rendah diteruskan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat