Laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan pada Khamis lalu gagal mempertahankan prestasi dolar Australia hingga ke penghujung minggu yang semakin menyusut.
Tekanan pengukuhan semula US dolar di penghujung minggu lalu turut menambah tarikan harga ke bawah pada carta pasangan mata wang AUD/USD.
Minggu ini, keputusan mesyuarat FOMC menjadi tumpuan utama yang akan memacu arah pergerakan harga selanjutnya.
Namun dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat terbaru ini bakal mendorong pengukuhan US dolar dari awal minggu.
Bagi mata wang dolar Aussie pula, data inflasi Australia bakal diterbitkan pada sesi Asia pagi Rabu nanti dilihat akan mempengaruhi pergerakan harganya.
Pada carta AUD/USD, setelah lonjakan seketika harga pada Khamis lalu susulan reaksi data yang diterbitkan, harga mencapai paras ketinggian 0.68400 sebelum corak penurunan harga dipaparkan.
Memberi isyarat pergerakan bearish pada Jumaat lalu apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dengan paras terendah dicecah pada sesi penutup sekitar 0.67300.
Harga kekal berlegar perlahan di zon tersebut menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini di sesi Asia dan awal sesi Eropah.
Jangkaan bagi penurunan harga yang diteruskan bakal menguji 0.67000 yang merupakan zon RBS (resistance become support) dengan reaksi harga di sekitar itu akan memberi petunjuk pergerakan selanjutnya.
Tembus lebih rendah menunjukkan trend bearish akan diteruskan dengan harga bakal menuju sekitar 0.66300 sebelum ke zon support 0.65400.
Sementara, sekiranya berlaku kenaikan semula harga, zon 0.65600 akan menjadi rintangan awal bakal diuji.
Kenaikan diteruskan melepasi halangan MA50 akan mencetus isyarat awal untuk perubahan trend semula menjangkakan kenaikan menuju ke ketinggian minggu lalu iaitu 0.68400 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG