AUD/USD Turun Semula 70 Pips Setelah Capai Paras Ketinggian 0.7000

490

Pasaran saham yang merudum memberi isyarat sentimen berisiko pasaran di samping pengukuhan bagi matawang safe-haven terutamanya US dolar.

Sementara matawang komoditi seperti dolar Australia kembali bergerak susut dan bakal menutup dagangan penghujung minggu ke paras lebih rendah semula.

Dolar Aussie susut lebih ketara selepas data ekonomi China yang diterbitkan positif semalam gagal menyokong peningkatan lebih tinggi.

Pada carta pasangan matawang AUD/USD menyaksikan harga membuat kenaikan menyentuh paras resistance 0.70000 sebelum harga menjunam semula sekitar 50 pips dan menutup dagangan sesi New York di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan carta 1 jam.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga membuat penurunan dari paras sekitar 0.69600 di bawah halangan MA50, sehingga menuju ke paras tumpuan 0.69300 pada dagangan yang bersambung pada sesi Eropah.

Penurunan dijangkakan melepasi zon RBS (resistance become support) 0.69200 sebelum meneruskan penurunan pada paras sokongan 0.68800.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon support sekitar paras 0.68100 yang diuji pada dagangan Jun lalu.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, halangan MA50 dan juga zon SBR (support become resistance) 0.69700 akan diuji sebelum menuju semula resistance 0.70000.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan boleh mencecah paras sekitar 0.70800 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Julai 2019.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat