Baca Artikel Ini Jika Anda Ingin Tahu Pengumuman Penting Kuwait Buat Pasaran Minyak Mentah Dunia

89

Harga minyak meningkat pada hari Jumaat selepas sumber pasaran mengatakan Kuwait telah membekukan bekalan seawal bulan Januari sebagai usaha bersepadu untuk membendung masalah lebihan global.

Minyak Brent antarabangsa diniagakan pada $54.22 setong, meningkat sebanyak 20 sen atau 0.37 peratus daripada sesi sebelum ini.

WTI mentah juga meningkat sebanyak 24 sen dalam sesi ini.

Kuwait, yang juga ahli OPEC memberitahu pelanggannya bahawa mereka akan memotong jumlah pengeluaran seawal Januari bagi menyokong usaha OPEC dan pengeluar lain yang diketuai oleh Russia untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari. Harga bahan api tersebut telah terjunam hampir 2 tahun kerana masalah lebihan bekalan.

Kuwait Petroleum Corporation (KPC) berkata pada Selasa bahawa mereka akan memotong bekalannya pada Januari sejajar dengan perjanjian yang telah dicapai.

Kata ANZ Bank, harga minyak mentah juga telah melonjak sebaik sahaja pengumuman penting tersebut memandangkan Kuwait merupakan salah satu penyumbang terbesar bekalan minyak mentah dunia.

Greenback Kekal Mengukuh Dalam Sesi Asia Berbanding Yen dan Euro!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat