Bacaan NFP Indah Khabar Dari Rupa, USD Menderita

699

Permulaan dagangan awal minggu menyaksikan dolar greenback sedikit meningkat setelah jatuh rendah pada hujung minggu berikutan laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan daripada dijangkakan.

Ini menyebabkan sebilangan pelabur mengurangkan harapan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat dan melepaskan pegangan terhadap US dolar.

Ekonomi AS dilaporkan mencatatkan pertumbuhan lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Januari dan jumlah kehilangan pekerjaan lebih mendalam dari yang disangkakan pada awalnya, menguatkan lagi bahawa sokongan untuk pakej rangsangan Covid-19 dilaksanakan.

Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen mengatakan Amerika boleh kembali kepada sasaran pekerjaan penuh pada tahun 2022 jika ia menerapkan pakej rangsangan yang cukup kuat.

Namun pada masa yang sama, data turut memperlihatkan kadar pengangguran AS merekodkan penurunan lebih baik dari dijangkakan.

Sementara itu, matawang euro mengekalkan kenaikan berikutan penyusutan US dolar selain turut disokong oleh kenyataan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde yang mengharapkan pemulihan Zon Eropah akan meningkat pada musim panas.

Pound sterling terus mempamerkan prestasi terbaiknya dengan diperdagangkan di sekitar paras ketinggian lebih dua tahun, di tengah-tengah peningkatan usaha vaksinasi di seluruh UK dan turut disokong oleh keputusan dasar monetari oleh Bank of England (BOE) yang mengurangkan jangkaan untuk kadar negatif.

Di sisi lain, matawang berkaitan komoditi didagangkan stabil dengan mempamerkan kenaikan sederhan berbanding dolar greenback pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat