Bagaimana Trader Kripto Ini Tukar $98 Jadi $1.1 juta Dalam Masa 91 Hari Sahaja?

2,722

“Walawei banyak tu untung dapat, kehidupan boleh bertukar 360 darjah kot.”

Jutawan semalaman bukanlah mitos tetapi realiti dalam pasaran mata wang kripto susulan seorang pedagang yang melakukan rancangan strategik berjaya menukar $98 kepada $1.1 juta dalam masa 91 hari sahaja.

Kejayaan luar biasa prestasi portfolio tersebut tercapai kerana setiap aset digital yang dibeli oleh pedagang kripto tersebut meningkat dengan sangat menguntungkan.

Hal ini kerana pedagang itu yang merupakan pemilik address wallet 0xad47…556628e bukan sahaja melabur dalam kripto tertentu tanpa teragak-agak, malah menjadi orang pertama yang melabur dalam aset digital tersebut.

Pedagang itu yang membeli token asli Protokol AirTor dipanggil ATOR sebanyak 600,000 unit semasa harganya berada pada $0.08 setiap satu telah menjana keuntungan lebih $920,000 apabila ia mencapai $1.70, naik 7,000% sejak dilancarkan pada awal tahun ini.

Kemudian, pedagang itu membeli aset digital diasaskan organisasi autonomi decentralized gaming Merit Circle iaitu MC di mana beliau telah mengaut 100,000 MC pada dua bulan lalu pada harga $0.29 telah mengumpul lebih $62,900.

Memandangkan shitcoin semakin dikenali ramai, pedagang tersebut yang masih sedang membeli MC mampu memperoleh keuntungan luar biasa susulan harganya boleh melihat pertumbuhan agak baik tidak lama lagi.

Selain itu, pedagang itu turut memperoleh keuntungan besar daripada AllianceBlock Nexera Token (NXRA) susulan beliau telah beli 333,344 NXRA pada Jun 2023 apabila harganya menurun sehingga $0.05 dan semalam berjaya capai $0.11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat