Bajet Trump Akan Jejaskan Golongan Pelajar!

185

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah membentangkan bajet untuk tahun 2021 semalam. Berdasarkan bajet berkenaan, presiden itu akan mengurangkan beberapa program bantuan pinjaman buat golongan pelajar.

Perbelanjaan untuk pinjaman pelajar akan dipotong sebanyak $170 bilion berdasarkan rancangannya di bawah tajuk ‘A Budget For The Future America.’ Tambahan daripada itu, pengurangan tersebut juga merangkumi had pinjaman tahunan dan jangka hayat untuk para pelajar siswazah dan ibu bapa serta menamatkan pinjaman bersubsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan buat peminjam yang masih bersekolah atau mengalami kesempitan wang.

Selain itu, ia juga akan mengurangkan program bayaran balik khususnya program yang dikenali sebagai public service loan forgiveness. Program tersebut dilancarkan oleh Presiden George W. Bush pada tahun 2007 yang membolehkan para pekerja not-for-profit atau kakitangan kerajaan untuk membatalkan pinjaman pembelajaran mereka selepas 10 tahun pembayaran dilakukan pada masa yang ditetapkan.

Di samping itu, Biro Perlindungan Kewangan Pengguna menganggarkan bahawa lebih 1 per 4 pekerja Amerika layak untuk program berkenaan.

Berikutan dengan bajet yang dibentangkan oleh Trump, salah seorang pakar penggubal pendidikan tinggi, Mark Kantrowitz menyifatkan pentadbiran presiden itu sebagai anti-peminjam.

Secara keseluruhannya, pemotongan bajet Trump ini dikatakan bakal mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi. Hal ini demikian kerana sebanyak 80% rakyat Amerika berpendapat bahawa pihak kerajaan sepatutnya memudahkan individu-individu yang terikat dengan pembayaran balik pinjaman pendidikan mereka.

Manakala satu kajian mendapati bahawa hampir 60% pengundi bersetuju dan menyokong rancangan Trump untuk membatalkan semua pinjaman pelajar yang sedia ada.

Sementara itu, calon presiden demokratik terkemuka, Bernie Sanders telah berjanji akan membatalkan majoriti atau keseluruhan hutang pinjaman pelajar yang cemerlang. Beliau telah mencadangkan penghapusan pinjaman tersebut sebanyak $1.6 trilion.

Seterusnya, Elizabeth Warren pula mencadangkan untuk pembatalan $50,000 hutang pendidikan bagi peminjam dengan pendapatan isi rumah kurang daripada $100,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat