Bakal Berhadapan Gangguan Perdagangan Selepas Brexit – Ireland Utara Belum Bersedia!

298

Tarikh akhir rundingan perjanjian semakin hampir namun belum ada kesepakatan di antara Britain dan Kesatuan Eropah. Pejabat Audit Nasional (NAO) pada hari Jumaat mengatakan Ireland Utara tidak bersedia untuk melaksanakan sistem baru  dimana ia diperlukan bagi memastikan perdagangan terus berlangsung dengan UK sebagaimana yang disyaratkan dalam perjanjian Brexit.

Menurut firma tersebut, hasil kajian terhadap perbelanjaan kerajaan menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan semua sempadan di UK akan berhadapan dengan pelbagai cabaran selepas UK berundur dari Kesatuan Eropah, sama ada perjanjian perdagangan dengan EU termenterai atau tidak.

Bermula 1 Januari, pengeksport perlu menfailkan borang kastam dan keselamatan walaupun UK mementerai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan. Tamabah NAO, syarikat-syarikat pelabuhan tidak mempunyai banyak waktu untuk mengintegrasikan atau menguji sistem mereka dengan perkhidmatan IT kerajaan yang masih belum dilancarkan. Dalam masa yang sama, laman sesawang kastam dan broker kastam masih tidak mencukupi untuk industri tersebut beradaptasi.

Disisi lain, Suruhanjaya Eropah enggan mengulas mengenai laporan hari Jumaat bahawa dua pegawai diplomat Eropah mengatakan bahawa beberapa perkara belum siap seperti peraturan sementara dan jaminan keselamatan.

Perakara menjadi tumpuan juga ialah tentang bagaimana menangani pergerakan penghataran barang dari satu tempat kesatu tempat di perbatasan EU dengan pemeriksaan yang minimal dan perisian komputer yang dapat menampung 270 jutai fail permohonan kastam setahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat