Bakal Catat ATH Terbaru? Avax Semakin Berpotensi Dari Hari ke Hari!

250

Ekosistem DeFi tampaknya semakin menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dari hari ke hari.

Sesi dagangan bulan Ogos, Avalanche telah menyaksikan 380% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $58.97, yang hampir menembusi ATH sebelum ini $60.30.

Baru-baru ini, SushiSwap telah menyertai program insentif perlombongan kecairan ‘Avalance Rush’ dengan gabungan peruntukan sebanyak $15 juta.

Yayasan Avalanche akan bekerjasama rapat dengan Sushi dan projek-projek utama lain, termasuk Aave, Curve, Stake DAO, dan BENQI.

‘Avalanche Rush’ bernilai $180 juta yang baru dilancarkan beberapa minggu lalu kini semakin baik dan program ini telah menyokong kuat nilaian harga Avax melonjak secara drastik.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga AVAX/USDT.

Sewaktu artikel analisa Avax dikeluarkan beberapa minggu lalu, Avax didagangkan pada paras harga $30, secara konsistennya Avax menyaksikan lonjakan secara drastik hampir 100%.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat menunjukkan pergerakan yang lemah dan sedang berlegar-legar diatas paras RBS (resistance become support) $42.

Menurut ramalan penganalisa kripto, sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend penurunan, paras RBS $42 bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Namun, jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend kenaikan, paras resistance $52 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan mencatatkan ATH terbaru.

Ketika penulisan, Avax didagangkan pada paras harga $45 susut lebih 13% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-22 pada carta kripto.

Lihat gambar carta harga AVAX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat