Pejabat Pengawas Mata Wang (OCC) pada awal pagi hari ini telah memberi kebenaran kepada bank-bank tempatan untuk menggunakan stablecoins dan blockchains dalam urusan pembayaran.
Selagi ia mematuhi undang-undang, OCC menjelaskan “bank tempatan atau pertubuhan simpanan negara dibenarkan untuk menjalankan operasi seperti pengesahan, penyimpanan dan merekod transaksi pembayaran dengan berfungsi sebagai nod dalam INVN (rangkaian pengesahan nod bebas).
Begitu juga bank dibenarkan untuk menggunakan INVN dan stablecoins untuk menjalankan aktiviti berkaitan pembayaran yang dibenarkan.”
Keputusan yang diambil menggambarkan pusat kewangan dan bank-bank berhadapan dengan cabaran memindahkan dana dengan kadar cepat.
Justeru, blockchains termasuk teknologi lejar diedarkan dilihat jauh lebih efisien dalam menjalankan transaksi pantas.
OCC juga ada menegaskan blockchain tidak ubah seperti rangkaian kewangan global seperti SWIFT, ACH dan FedWire yang digunakan ketika ini.
Bagaimanapun, menyedari masa depan stablecoin sukar dijangka, OCC turut mengingatkan kepada bank-bank untuk berhati-hati dengan potensi risiko.
“Bank-bank perlu menyedari risikonya apabila menjalankan aktiviti melibatkan INVN termasuk risiko operasi, risiko pematuhan dan penipuan”, memandangkan teknologi baru menuntut sekumpulan pakar untuk menangani risiko dengan baik.