Bank Indonesia Beri Amaran – Larangan Menggunakan Bitcoin Sebagai Alat Transaksi

1,070

Pada 13 Januari 2018, Bank Indonesia telah membuat pengumuman bahawa alat penukaran matawang digital tidak diakui oleh Bank Indonesia berikutan ia dikhuatiri akan meningkatkan gejala terorisme dan jenayah.

Hal ini bermaksud, Bank Indonesia melarang segala jual beli yang mengunakan bitcoin sebagai alat transaksi.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank Indonesia bahawa matawang digital sangat berisiko dan dipenuhi oleh aktiviti sepkulasi berikutan tiada autoriti yang bertanggungjawab. Selain itu, harga bitcoin dan matawang crypto lain sangat fluctuate.

Larangan itu juga dikenakan kepada syarikat dan badan kewangan. Justeru institusi kewangan dan bukan kewangan dilarang memproses transaksi pembayaran dengan menggunkaan matawang crypto.

Namun beberapa platform pertukaran masih lagi dibenarkan beroperasi setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat